Bagi pesakit pesakit yang berada pada tahap terakhir kegagalan ginjal,
pilihan rawatan yang terbaik pada masa kini ialah pemindahan ginjal. Ini
akan membolehkan mereka untuk menjalani kehidupan yang aktif
semula, boleh bekerja seperti biasa, seterusnya meningkatkan kualiti
hidup mereka. Para pesakit yang mengalami kegagalan hati atau
kegagalan jantung yang teruk, pemindahan organ merupakan satu
satunya cara untuk menyelamatkan nyawa mereka. Bagi pesakit pesakit
yang menjadi buta akibat penyakit kornea, pemindahan kornea
membolehkan mereka melihat semula.
Di Singapura, ramai orang sedang menderita kegagalan organ dan sedang
menantikan pemindahan organ. Sekarang ini, lebih 500 orang telah
disenaraikan sebagai bakal penerima pemindahan organ. Bilangan
tersebut semakin bertambah tetapi bilangan organ dan tisu tisu untuk
pemindahan amat sedikit. Hanya satu cara sahaja untuk mengatasi
masalah kekurangan organ ini, iaitu dengan menambahkan bilangan
penderma organ. Kemurahan hati penderma organ dan keluarga mereka
telah memberikan harapan baru kepada para pesakit yang menderita
kegagalan organ. Organ organ yang didermakan oleh seseorang
penderma dapat memperbaiki kehidupan enam pesakit atau lebih.
Organ yang anda dermakan adalah pemberian yang paling besar yang
anda dapat lakukan. Ada dua cara di mana anda boleh membantu orang
lain melalui pemberian ini:
1) Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA)
2) Akta Perubatan (Terapi, Pendidikan, dan Penyelidikan) (MTERA)
Singapura mengamalkan kedua dua sistem iaitu system memilih untuk
dikecualikan (HOTA) dan system memilih untuk menyertainya (MTERA),
yang membolehkan lebih banyak nyawa diselamatkan. Ini ialah kerana
pengalaman telah menunjukkan bahawa di Singapura dan negara negara
lain, bergantung semata mata kepada sistem yang memerlukan orang
memilih untuk menjadi penderma organ tidak memberi kesan yang besar
ke atas bilangan penderma
No comments:
Post a Comment