Thursday, September 1, 2011

Akta Pemindahan Organ Manusia


Akta Pemindahan Organ Manusia (HOTA) membenarkan organ organ
Warga Singapura dan Penduduk Tetap untuk dikeluarkan daripada orang
yang sudah meninggal dunia untuk tujuan pemindahan. Organ organ
yang diliputi oleh HOTA ialah buah pinggang, hati, jantung dan kornea.
Semua Warganegara dan Penduduk Tetap Singapura yang berusia antara
21 dan 60 tahun telah disertakan dalam HOTA. Ia tidak melibatkan
mereka yang tidak mempunyai akal yang sihat. Orang orang Islam juga
tidak termasuk di dalam HOTA. Fatwa terkini daripada MUIS mengizinkan
orang–orang Islam juga dimasukkan ke dalam HOTA.
Di samping pendermaan kadeverik (iaitu pemindahan organ dari orang
yang telah meninggal dunia), HOTA juga menyediakan aturan untuk
pemindahan organ penderma yang hidup (iaitu pemindahan organ
daripada penderma yang masih hidup kepada seseorang pesakit).

No comments:

Post a Comment