Thursday, September 1, 2011

kriteria klinikal untuk menentukan bahawa semua fungsi otak telah berhenti?


Tujuh kriteria klinikal yang menentukan bahawa semua fungsi otak telah
berhenti sepenuhnya dan fungsi fungsi itu tidak dapat dibalikkan seperti
sedia kala adalah seperti berikut:
1. Anak mata tidak menunjukkan sebarang tindak balas setelah disuluh
dengan lampu;
2. Tiada refleks kornea;
3. Tiada respons otot yang spontan kepada rangsangan sakit, tidak
termasuk refleks spina;
4. Mata tidak bergerak tetapi merenung ke depan walaupun kepala
dipusing ke kiri dan ke kanan (oculocephalic reflex);
5. Tiada tindak balas refleks kepada rangsangan tenggorok dan saluran
pernafasan atas;
6. Tiada gerenyetan mata (vestibulo ocular response) walaupun air sejuk
sebanyak 50 sentimeter padu telah dimasukkan ke dalam kedua dua
lubang telinga
7. Seseorang tidak bernafas dengan sendirinya walaupun paras karbon
dioksida dalam darah naik ke 50 mmHg atau lebih.
Ujian ujian ini bertujuan untuk menilai sama ada terdapat sebarang
respons kepada pelbagai rangsangan fizikal seperti cahaya, sentuhan dan
kesakitan. Kematian otak hanya boleh disahkan jika kesemua tujuh
kriteria klinikal ini dipenuhi.

No comments:

Post a Comment